Sunday, October 11, 2009

Allahamdulillah sukur kepada Allah perjalanan yang kami rancang telah berjalan dengan lancar walaupun kami terpaksa berdepan dengan ombak dan angin yang bertiup dari negara jiran.

Trip ke pulau Libaran. Trip ini ada seramai 8 orang sahaja. Zam, Andrew, Azrin, Martin,Rustam,Ady,Lomey dan Basri….. Destinasi asal hanyalah ke Pulau Libaran. Tapi tekong menukar haluan ke kawasan yang terlindung dari tiupan angin kencang dan ombak besar kami ikut aje la lagi pun tekong kali ne baru saja kami kenal.
Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 2 jam. Sementara menanti ketibaan ke sana ada yang tertidur, ada yang berangan nak tarik ikan dan ada yang buat last minit preparation seperti ikat perambut la, pasang jig la dan lain-lain lagi.


Ini lah aksi bro martin yang kelihatan gambira melihat hasil pertama nya 2 ekor otek memang berbaloi-baloi

Setelah hampir 30 minit kami di serang otek hingga bro martin membuka baju nya kononnya nak menghalau otek akhirnya aku dan bro martin masing mendapat seekor pemangsa juga bro martin pula mendapat habuan seekot agohut . Aksi bro basri dengan hasil joran nya yang santai

Aduh,, kelihatan bro Andrew dan bro Martin gambira sakan selepas semalam mendapat habuan mereka mabuk free akibat ombak oh ombak Kelihatan semua kawan-kawan sedang relex selepas berentap melawan tarikan para pendekar laut.Apapun kami dari team Joran Puaka mengucapkan terima kasih kepada geng Bro Ady dan bro Rustam kerana sudi join dalam trip kali ini.Untuk trip yang seterus nya para kaki pancing boleh berhubung terus ke talian 014-8525988 .Hanya ini saja hasil coretan yang dapat GJP kongsikan kali ini Assalamualaikum....


No comments: